HAJIJI, KERAJAAN NEGERI SABAH BERI KEPERCAYAAN PENUH KEPADA IZELAN BASAR TERAJUI BORNEO.TV

202
SHARES
652
VIEWS

Paltform penyiaran digital dan penstriman BORNEO.TV yang dilancarkan semalam oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilihat oleh komuniti media sebagai tepat pada masanya, melalui pendekatan yang lebih moden, fleksibel serta bersifat global.

Pelaksanaan BORNEO.TV ini ialah antara inisiatif yang dilancarkan oleh Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0, yang menekankan pembangunan sektor ekonomi kreatif sebagai salah satu pemacu utama negeri.

Selain itu, individu yang diberi kepercayaan menerajui BORNEO.TV ini juga bukan calang-calang, malah cukup dikenali dalam komuniti media di negara ini dan pernah berkhidmat sebagai Penasihat Eksekutif Kandungan Agama dan menjadi Pegawai Khas kepada Pengerusi Astro sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TV Hijrah.

Ketika ini juga beliau menjawat jawatan Fasilitator Media merangkap Ketua Delegasi Haji Media Malaysia ke Arab Saudi, suatu jawatan yang julung-julung kali diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi, yang hanya diberikan kepada individu yang benar-benar dipercayai oleh mereka sahaja. Malah, turut diberikan penghargaan menghadiri Majlis Santapan DiRaja bersama Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud serta Putera Mahkota Mohammed Bin Salman selama beliau berkhidmat di sana.

Justeru tanggungjawab dan amanah besar yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Datuk Hj. Izelan Basar dan IB Media Consultant Works Sdn Bhd bagi ini amat bertepatan, demi menjayakan hasrat dan aspirasi kerajaan serta rakyat negeri Sabah dalam membawa wajah, suara dan budaya mereka ke persada dunia.

Insya-Allah usaha murni ini bakal melakarkan sejarah dan mampu mengetengahkan wajah, suara dan budaya negeri Sabah ke mata dunia melalui slogannya, “Cerita Sabah di mata dunia” – melalui naratif rakyat Sabah sendiri.

Related Posts