Alhamdulillah awal Julai 2025 platform BORNEO.TV dilancarkan oleh Ketua Menteri Dato’ Sri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah. Jika sebelum ini tiada siapapun terfikir untuk membuat sebuah stesen TV, kini Ketua Menteri dan kerajaan negeri sudah menyediakan platform di depan mata, tinggal mahu digunakan sahaja.
Inilah peluang besar untuk anak-anak Sabah terutamanya pemain industri kreatif, penggiat seni dan pempengaruh digital untuk mengembangkan bakat dan kreativiti masing-masing – sekaligus dapat mempromosi bakat dan kreativiti masing-masing ke seluruh dunia.
Bayangkan jika 35 kumpulan etnik yang pelbagai di Sabah boleh mempunyai salurannya sendiri, tentu ia lebih mengujakan. Satu dunia akan tahu adat, budaya, resam, wajah, suara dan identiti unik setiap etnik yang ada.
Tentu ini membuka peluang besar untuk syarikat-syarikat produksi dan penyedia kandungan atau pencipta content dalam kalangan anak-anak Sabah itu sendiri untuk membuat kandungan yang berkualiti dan bertaraf dunia.
Justeru, platform dan peluang seluas-luasnya sudah tersedia di depan mata, tinggal mahu berkarya dan salurkan sahaja. Jayakanlah bersama demi matlamat mempromosikan “Cerita Sabah di Mata Dunia“.