NSRC BEROPERASI 24 JAM MAMPU TANGANI MASALAH ‘SCAM’

65
SHARES
209
VIEWS

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yakin Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) yang akan digerakkan secara bersepadu mampu menangani masalah kerugian dalam kalangan mangsa penipuan di negara ini.

Saifuddin berkata, operasi NSRC akan dilakukan 24 jam bagi memberi perkhidmatan lebih baik kepada orang ramai, khususnya mangsa penipuan. Menurut beliau, sekiranya penipuan berlaku di waktu malam atau awal pagi sekalipun, mangsa boleh terus menghubungi NSRC untuk mengadu di samping menyalurkan maklumat dan tidak perlu menunggu waktu pejabat.

Inisiatif berterusan ini diharapkan mampu menangani isu scam yang semakin berleluasa sehingga masyarakat sendiri merasakan seolah-olah masalah ini langsung tidak boleh dihentikan.

Selain itu, usaha berterusan dan sinergi dari semua pihak terlibat menangani masalah ini termasuklah Cyber Security Malaysia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), MCMC dan juga NACSA wajar dilibatkan bersama sehingga jenayah scam ini dapat ditangani sepenuhnya.

Related Posts