ANWAR BERTEMU ABANG JOHARI, HAJIJI BINCANG KEPENTINGAN BERSAMA, KERJASAMA STRATEGIK

65
SHARES
210
VIEWS

Pertemuan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor adalah bagi membincangkan kepentingan bersama dan kerjasama strategik.

Kedua-dua pemimpin Sabah dan Sarawak itu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri petang semalam bagi membincangkan pelbagai perkara yang melibatkan kerjasama antara negeri dan Semenanjung. 

Menurut Perdana Menteri beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, khususnya Sabah dan Sarawak selama ini terjalin baik untuk kepentingan bersama.

Ia juga bagi membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia.

Related Posts