ANWAR BERTEMU ZAHID, HAJIJI BINCANG USAHA MEMPERKUKUH KERJASAMA

63
SHARES
204
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan penuh bermakna bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Hajiji Noor – yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh semangat kebersamaan.

Pertemuan ini mencerminkan kematangan politik serta iltizam untuk memperkukuh kerjasama demi kestabilan negara, khususnya dalam konteks hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Sabah.

YAB Perdana Menteri percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Justeru, kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif.

Beliau juga berharap semangat muafakat ini akan terus menjadi asas kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh, demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua.

Related Posts