PERTEMUAN ANWAR, MELONI BINCANG KERJASAMA BILATERAL, PERKUKUH EKONOMI

63
SHARES
203
VIEWS

Kunjungan YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim ke Itali disambut secara rasmi oleh rakan sejawat, Perdana Menteri Giorgia Meloni, di Palazzo Chigi, hari ini.

Kunjungan ini mencerminkan hubungan dua hala yang erat dan saling menghormati antara Malaysia dan Itali, yang terus diperkukuh melalui dialog berterusan serta kerjasama strategik merentasi pelbagai bidang.

Pertemuan bermakna bersama Meloni telah membuka ruang kepada perbincangan yang produktif dan menyeluruh, merangkumi pelbagai aspek kerjasama dua hala termasuk pelaburan strategik, pertahanan, tenaga lestari serta pembangunan industri berteknologi tinggi seperti semikonduktor, kenderaan elektrik dan kecerdasan buatan.

YAB Perdana Menteri menyambut baik pelaburan syarikat-syarikat terkemuka Itali seperti Leonardo, Fincantieri dan ENI di Malaysia, dan mengalu-alukan penglibatan lebih meluas syarikat negara ini dalam Zon Ekonomi Khas serta pelaksanaan program latihan industri yang berpaksikan kepakaran dan pemindahan teknologi.

Related Posts