ASEAN SEBAGAI SEBUAH KOMUNITI – AMAN, MAKMUR DAN BERTERASKAN RAKYAT

63
SHARES
203
VIEWS

Kekuatan ASEAN sebagai sebuah rantau berpaksi teguh pada semangat muafakat, budaya wacana yang segar, dan keyakinan yang selama ini dipasakkan bersama. Justeru, hanya dengan menjamin keamanan dan kestabilan serantau adalah kunci utama kepada jalan ke arah kemajuan ekonomi yang lebih mendakap, serta memungkinkan kesejahteraan dan masa depan buat warga.

Harus ditegaskan juga bahawa keamanan tidak bererti ketiadaan konflik atau kemelut. Ia menuntut agar wujudnya keadilan, integriti, sikap dan prinsip hormat antara tetangga. Seperti yang pernah ditekankan pemikir Rom purba Juvenal, yang juga merupakan seorang penyair dan satiris Latin, “Quis custodiet ipsos custodes”.

Ia bermaksud, “Siapa yang akan mengawasi para pengawal itu sendiri?”, ini jelas bahawa pertanggungjawaban dan ketelusan menjadi asas untuk kita teguhkan keyakinan rakyat, tidak hanya kepada penguasa, tetapi ia turut mencakup keyakinan terhadap institusi yang terletaknya harapan rakyat.

Walhasil, dalam dunia yang semakin kompleks, prinsip ‘centrality’ ASEAN terpakai tegas sebagai kompas strategik untuk kita semua. Dari kerjasama ekonomi Johor-Singapura, hingga ke usaha menerapkan keamanan di sempadan Thailand-Kemboja, kita sedang meletakkan asas kukuh dalam menundukkan prasangka serta membuka ruang untuk kerjasama serta persefahaman baharu.

Atas semangat ini—Malaysia—bersama rakan-rakan ASEAN akan teguh komited menjunjung visi dan aspirasi ASEAN Community 2045. Kita akan bekerja sebaiknya memperkukuh jaringan keselamatan, meningkatkan perkongsian risikan, serta memastikan tiada negara atau masyarakat yang terpinggir. Ini makna sebenar ASEAN yang aman, makmur, dan berteraskan rakyat, iaitu sebuah ketumbukan yang mampu menzahirkan keadilan dan mencambah harapan.

Related Posts