YAB PERDANA MENTERI SELESAI BENTANG BAJET 2026

66
SHARES
213
VIEWS

Alhamdulillah, Belanjawan 2026 menjadi satu lagi langkah besar dalam usaha berterusan Kerajaan MADANI untuk mengangkat martabat dan taraf hidup rakyat.

Belanjawan kali ini cukup bermakna kerana kerajaan akhirnya dapat menunaikan hasrat yang tertangguh sekian lama yakni pemansuhan bayaran balik PTPTN untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana serta pendidikan percuma di IPTA bagi keluarga miskin, janji yang YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim pernah lafazkan 13 tahun lalu.

Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras untuk memakmurkan ekonomi negara, memperkukuh keadilan sosial, dan mengembalikan segala hasil kemakmuran ini kepada rakyat Malaysia yang menjadi nadi perjuangan kita. 

Belanjawan MADANI Keempat yang dibentangkan di Dewan Rakyat sebentar tadi memperuntukkan RM470 bilion untuk terus melaksanakan pelbagai inisiatif kesejahteraan rakyat, di samping memacu pembangunan negara.

Antaranya:

Pendidikan percuma di IPTA untuk keluarga berpendapatan rendah

Pengecualian bayaran balik PTPTN untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana

9 juta penerima STR terima SARA bulanan sehingga RM1,200 setahun

SARA Untuk Semua diteruskan – RM100 kepada 22 juta rakyat dewasa

Gaji penjawat awam naik melalui SSPA Fasa 2 + Bantuan Khas Kewangan RM500

4,500 doktor kontrak diserap tetap, dan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) dinaikkan 40 peratus

Pesawah terima bantuan sehingga RM4,300 sehektar setiap musim

RM7.9 bilion untuk TVET – fokus bidang AI, semikonduktor, EV dan maritim

RM12.9 bilion untuk pembangunan Sabah (RM6.9 bilion) dan Sarawak (RM6 bilion)

RM2.2 bilion untuk 43 projek Rancangan Tebatan Banjir

RM2.6 bilion untuk martabat syiar Islam

Duti eksais produk rokok dinaikkan

Duti eksais arak naik 10 peratus

Related Posts