LAWATAN TIGA HARI PERDANA MENTERI PAKISTAN TEROKA POTENSI KERJASAMA BAHARU

63
SHARES
203
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mrnyambut kehadiran Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, yang memulakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, bermula semalam.

Lawatan ini merupakan kunjungan balas kepada lawatan rasmi beliau ke Pakistan pada Oktober tahun lepas dan mencerminkan eratnya hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Pelbagai agenda telah diatur dalam lawatan ini bagi meneroka potensi kerjasama baharu antaranya bidang perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan serta pertahanan, demi manfaat bersama rakyat Malaysia dan Pakistan.

Semoga hubungan Malaysia–Pakistan terus subur dan berkembang maju pada masa hadapan, Insya-Allah.

Related Posts