PERDANA MENTERI, YDP AGONG HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN MERDEKA KE-68 DI DATARAN PUTRAJAYA

63
SHARES
204
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan dan isteri mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya bersama bersama rakyat pelbagai latar belakang yang hadir dengan penuh semangat patriotik.

Majlis yang berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh makna turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof selain menteri-menteri kabinet.

YAB Perdana Menteri amat tersentuh melihat pelbagai persembahan yang bukan sahaja memukau, malah disemai dengan nilai-nilai perpaduan, kekitaan dan cinta tanah air disambut meriah oleh lautan rakyat yang membanjiri setiap ruang Dataran Putrajaya sejak awal pagi.

Semoga semangat perpaduan ini terus dipelihara dan diperkuatkan demi masa depan Malaysia yang harmoni, sejahtera dan berdaya saing.

Malaysia hanya akan terus maju jika kita melangkah bersama, sebagai satu keluarga besar yang menghargai perbezaan dan meraikan persamaan.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Related Posts