IRAN ZAHIR PENGHARGAAN PENDIRIAN TEGAS MALAYSIA DALAM ISU GAZA

63
SHARES
203
VIEWS

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, yang menzahirkan penghargaan terhadap pendirian tegas Malaysia dalam isu Gaza, yang dimaklumkan secara terus kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim melalui panggilan telefon semalam. Beliau turut menggesa agar Malaysia terus mendepani usaha diplomatik dalam menentang kekejaman dan genosid yang masih berterusan di bumi Palestin.

YAB Perdana Menteri tegaskan komitmen Malaysia yang konsisten, bukan sahaja melalui kenyataan lantang di pentas antarabangsa, malah dengan menggembleng kerjasama pemimpin serantau dan global termasuk Presiden Indonesia, Turkiye, Brazil dan Afrika Selatan. Dunia tidak boleh terus berdiam diri tatkala kekejaman ini telah melampaui batas kemanusiaan.

Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang mengenai hubungan dua hala Malaysia–Iran dan senada untuk terus memperkukuh persahabatan, khususnya dalam bidang yang memberi manfaat bersama kepada rakyat kedua-dua negara.

Presiden Pezeshkian turut memanjangkan jemputan rasmi untuk YAB Perdana Menteri mengadakan lawatan ke Tehran dalam masa terdekat. Beliau juga menzahirkan penghargaan atas kesediaannya untuk terus mempererat hubungan antara kedua-dua negara.

Related Posts