Sewaktu berucap di Majlis Pecah Tanah Rumah Olimpik hari ini, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim memaklumkan hadirin bahawa sukan bukan sekadar mencari kemenangan atau mendapat medal sahaja tetapi platform penting penyatuan semua lapisan masyarakat tanpa batasan kaum dan agama.
Kebersamaan rakyat dituntut, baik sebagai individu atau organisasi untuk terus menyokong atlet-atlet negara berjuang meletakkan nama Malaysia di persada dunia.
Dalam pengalaman beliau berinteraksi dengan banyak negara, YAB Perdana Menteri melihat bagaimana sukan dimartabatkan sebagai cerminan jati diri nasional, dibentuk melalui keadilan, pengorbanan dan usaha berterusan, malah inilah juga semangat yang ingin kita semai melalui pembinaan Rumah Olimpik ini.
Teruskan menyokong perjuangan atlet tanah air, dan membina negara dengan semangat kesatuan dan daya juang yang tinggi.