AQWA POWER PILIH MALAYSIA SEBAGAI HAB UTAMA ASIA TENGGARA

64
SHARES
208
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mengalu-alukan keputusan ACWA Power, peneraju global dalam tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau, memilih Malaysia sebagai hab utama mereka di Asia Tenggara.

Ini satu lagi perkembangan positif hasil kerjasama erat Malaysia–Arab Saudi, khususnya selepas pertemuan beliau dengan pengasas ACWA Power semasa Sidang Kemuncak ASEAN–GCC.

Pelaburan ini mengiktiraf dasar peralihan tenaga Malaysia, membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, serta memacu pemindahan teknologi.

ACWA Power kini menjalin kerjasama strategik dengan TNB, UEM Lestra dan Terengganu Inc. untuk membangunkan projek tenaga boleh baharu, hidrogen dan CCGT, selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Komitmen ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon.

Related Posts