MIC PERLU SEDAR DIRI DAN BERSIKAP REALISTIK

70
SHARES
226
VIEWS

Kenapa Presiden MIC S.A Vigneswaran dan Timbalannya, M. Saravanan tiba-tiba berani mahu mengugut untuk keluar meninggalkan Barisan Nasional (BN) sedangkan tindakan tersebut bukannya boleh memberi impak apapun?

Apatah lagi jika ketika ini keadaan MIC sendiri terumbang-ambing dan gagal menarik sokongan kaum India kepada mereka, maka ugutan sebegini dilihat tidak ke mana, hanya memperlihatkan niat tidak ikhlas mereka sahaja selama ini. MIC sepatutnya pendam niat tersebut kerana UMNO tidak gentar sedikitpun.

MIC perlu sedar diri bahawa satu kerusi Parlimen mereka di Tapah itu majoriti undinya datang dari penyokong-penyokong UMNO yang sanggup mengundi mereka atas nama setiakawan. Malah parti UMNO tidakpun meminta mereka mengenang jasa, cukup dengan bersikap sebagai sahabat.

Tetapi jika MIC masih mengugut mahu keluar, dipersilakanlah kerana sudah lamapun penyokong-penyokong UMNO menyampah dengan sikap mereka. Mereka masih belum lupa bagaimana sikap buruk dan khianat pemimpin-pemimpin MIC terhadap UMNO selepas BN hilang kuasa pada PRU 2018.

Justeru, realistiklah MIC, jangan tenggelam dalam angan-angan Mat Jenin bahawa kononnya MIC masih mendapat sokongan padu kaum India. Jika tiada UMNO, satu kerusipun MIC tidak akan merasa.

Related Posts