PMX TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SETIAUSAHA LUAR NEGERI UNITED KINGDOM

67
SHARES
216
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Setiausaha Luar Negeri United Kingdom David Lammy dalam semangat memperkukuh hubungan dua hala yang kini telah dinaik taraf kepada “Strategic Partnership” sejak pertemuan dengan Perdana Menteri United Kingdom Keir Starmer, Januari lalu.

Malaysia menyambut baik kerjasama yang lebih erat dalam pelbagai bidang yang mencakup pelaburan, peralihan tenaga, pendidikan, perubahan iklim, pertahanan, pendigitalan dan AI. Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari UK, khususnya dalam sektor semikonduktor dan infrastruktur hijau melalui Agenda Perindustrian Global (APG).

Malaysia turut menzahirkan penghargaan terhadap peranan aktif UK sebagai rakan dialog ASEAN, khususnya dalam mendukung tindakan kemanusiaan di Myanmar dan menyeru gencatan senjata serta pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC).

Hubungan Malaysia-UK semakin matang dan strategik, berteraskan nilai yang dikongsi bersama iaitu keadilan, kedaulatan undang-undang dan kemanusiaan sejagat.

Related Posts