DASAR PERLU CERMINKAN REALITI, BUKAN SEKADAR ANGKA

109
SHARES
352
VIEWS

Penurunan had umur belia kepada 30 tahun bukan sekadar perubahan dasar, ia membawa implikasi besar kepada keterlibatan wanita muda di peringkat komuniti dan negara.

Ramai wanita muda hari ini memulakan penyertaan dalam organisasi selepas melalui fasa penting dalam hidup: membina kerjaya, menamatkan pengajian tinggi, mendirikan rumah tangga, atau mencapai kestabilan kewangan. Proses ini lazimnya berlaku sekitar pertengahan hingga hujung usia 20-an dan malangnya, pada waktu inilah mereka mula tidak lagi dikira sebagai belia.

Apabila kategori belia ditetapkan hanya berdasarkan umur, tanpa mengambil kira cabaran dan dinamika kehidupan sebenar, maka ramailah wanita muda yang tersisih bukan kerana tidak peduli, tetapi kerana ruang untuk mereka semakin sempit.

Kita perlu tanya kembali apakah tujuan sebenar dasar belia? Adakah untuk mengiktiraf potensi dan peranan anak muda? Jika ya, maka kita tidak boleh menutup pintu kepada mereka yang baru bersedia untuk menyumbang.

Dasar ini, jika diteruskan tanpa penilaian semula, akan membataskan peluang penyertaan wanita muda dalam kepimpinan organisasi, membantutkan kesinambungan suara di peringkat akar umbi, dan akhirnya menjejaskan kepelbagaian idea serta representasi dalam landskap belia negara.

Saya memohon agar pelaksanaan dasar ini ditangguhkan dan dikaji semula secara menyeluruh, inklusif dan berasaskan realiti sebenar.
Kerana kami wanita muda tidak lenyap. Kami baru bermula.

Syahirunnisa Ramli
Naib Presiden Wanita
Majlis Belia Negeri Perlis

#WanitaMuda #BeliaMalaysia #DasarBelia30 #MajlisBeliaPerlis #SuaraWanita #PerpaduanBeliaNegeriSejahtera

Related Posts

No Content Available