MALAYSIA, PERANCIS PERKUKUH KERJASAMA PERTAHANAN, EKONOMI DAN TEKNOLOGI

65
SHARES
209
VIEWS

Dalam kunjungan rasmi selama dua hari ke Perancis, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Francois Bayrou sempat menyaksikan pertukaran tiga dokumen penting yang bakal memperkukuh kerjasama strategik Malaysia dan Perancis merentasi bidang pertahanan, ekonomi dan teknologi.

Perjanjian persefahaman antara Malaco dan Carester menandakan pencapaian besar dalam pembangunan industri nadir bumi Malaysia, selari dengan komitmen ESG dan inisiatif tenaga baharu negara.

Surat tawaran kepada Thales LAS pula memperkukuh keupayaan pemantauan ruang udara Malaysia menerusi dua radar jarak jauh baharu.

Manakala kerjasama antara MATRADE dan Business France akan merancakkan promosi perdagangan dua hala merentasi sektor strategik seperti aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.

Related Posts