MALAYSIA, ITALI PERLUAS KERJASAMA STRATEGIK, PERKUKUH KERJASAMA ASEAN

63
SHARES
203
VIEWS

Dalam pertemuan antara YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Giorgia Meloni, Malaysia dan Itali turut bertukar pandangan berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa yang memerlukan penyelesaian kolektif berlandaskan prinsip keamanan sejagat, keadilan dan saling menghormati.

Kunjungan ini memperteguh tekad bersama untuk memperluas kerjasama strategik yang memberi manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara, berpaksikan semangat persahabatan yang tulus dan saling mempercayai.

Selain itu, sebagai Pengerusi ASEAN, Dato’ Sri Anwar juga menegaskan bahawa komitmen Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai jambatan penghubung antara ASEAN dan rakan-rakan antarabangsa, termasuk Itali demi menjamin kestabilan, keamanan dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan di rantau ini.

Malaysia amat menghargai keterbukaan, kesungguhan dan komitmen Itali sebagai rakan kongsi penting dan yakin bahawa hubungan erat ini akan terus berkembang demi kemajuan, kesejahteraan dan masa depan yang lebih cerah bersama.

Related Posts