1. Riuh-rendah dan ribut seketika selepas beberapa hari BORNEO.TV dilancarkan oleh Ketua Menteri Dato’ Sri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah, lantaran pengendali dan teraju utamanya dipertikai kerana bukanlah anak Sabah.
2. Walaupun IB Media Consultant Works Sdn Bhd yang diterajui oleh Datuk Hj Izelan Basar, di bawah pantauan dan seliaan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), ada juga pihak tertentu yang tidak berpuas hati dan mengabaikan pengalamannya termasuk di peringkat antarabangsa seperti pernah berkhidmat di Singapura, Indonesia, Bahrain dan Arab Saudi.
3. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana sebarang kata putus adalah di bawah kuasa Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) di mana IB Media hanya bertindak sebagai konsultan bagi pengurusan televisyen (TV management). Panel atau syarikat produksi tentunya akan dilantik oleh SMJ dalam kalangan anak-anak tempatan Sabah yang layak, asalkan mampu menyediakan program atau content Sabah bertaraf antarabangsa.
4. Malah dengan pengalaman luas selama lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang penyiaran dalam dan luar negara serta sempat berkhidmat di stesen televisyen besar seperti ASTRO selama 14 tahun termasuk sebagai Naib Presiden, di NTV7 selama 12 tahun dan di TV Hijrah selama 4 tahun selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), tentu Hj. Izelan boleh memanfaatkan pengalaman yang ada membantu kerajaan negeri membangunkan modal insan berkualiti di bidang penyiaran digital dan penstriman dalam kalangan anak-anak tempatan.
5. Beliau diberi peluang mengetuai media tempatan termasuk stesen TV Astro, Media Prima, Berita Harian dan lain-lain termasuk pempengaruh ke Arab Saudi sebagai Fasilitator Media Ketua Delegasi Haji Media Malaysia, yang dilantik khas oleh Kerajaan Arab Saudi.
6. Beliau juga diberi penghargaan dan penghormatan bertemu dan bersalaman serta hadir ke Majlis Santapan DiRaja bersama Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud serta Putera Mahkota Mohammed Bin Salman (MBS) selama empat tahun berturut-turut termasuk di musim haji 2025 yang baru sahaja berlalu.
7. Hakikatnya banyak pihak mengabaikan fakta bahawa BORNEO.TV ini beroperasi tanpa sebarang bantuan dana kerajaan negeri namun tetap berusaha menyediakan platform terbaik untuk rakyat Sabah mendapat pendedahan dan latihan sepenuhnya termasuklah pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) dalam bidang tersebut.
8. Manfaat besar lainnya tentulah kepada syarikat-syarikat produksi anak-anak Sabah itu sendiri yang boleh menjadi penyedia kandungan atau content provider. Inilah masanya mahu merebut peluang yang ada untuk menghasilkan karya berkualiti sehingga mampu dipromosikan keluar negara.
9. Manfaat lainnya untuk direbut oleh para penggiat seni, pempengaruh digital serta pemain industri kreatif dalam kalangan rakyat tempatan. Rujuk, “15 MANFAAT UTAMA BORNEO.TV KEPADA ANAK-ANAK SABAH“, termasuklah membuat Program Realiti TV.
Rujuk pautan;
https://www.editormalaysia.com/?p=34330
10. Sesuatu yang lebih besar akan berlaku di mana kehadiran BORNEO.TV bakal menjadi platform atau wadah bagi memartabatkan wajah, suara, identiti dan budaya anak-anak Sabah itu sendiri di mata dunia.
Justeru, semoga anak-anak Sabah bersedia mengambil peluang menonjolkan diri dan bakat serta kreativiti masing-masing melalui platform BORNEO.TV yang disediakan khusus oleh Ketua Menteri Dato’ Sri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah untuk tatapan dunia.