YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim selamat tiba di Paris bagi memulakan lawatan rasmi atas undangan Presiden Republik Perancis, Emmanuel Macron, semalam.
YAB Perdana Menteri dijadualkan akan mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Macron di Istana Élysée, hari ini bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Perancis yang sedia terjalin.
Kami turut akan meneroka potensi kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik seperti perdagangan, pelaburan, pertahanan, pendidikan, pelancongan dan hubungan antara rakyat.
YAB Perdana Menteri juga dijadualkan menyertai Sesi Meja Bulat bersama tokoh industri utama Perancis bagi memperluas peluang pelaburan dan perdagangan selain menyampaikan syarahan umum di Universiti Sorbonne.
Semoga lawatan ini akan terus mengukuhkan hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Perancis, demi manfaat bersama dan kemajuan serantau serta global, Insya-Allah.