Inisiatif baharu oleh Ketua Menteri Dato’ Sri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri Sabah melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan kerjasama IB Media Consultant Works Sdn Bhd, telah mewujudkan platform penyiaran dan penstriman digital yang dinamakan BORNEO.TV.
Ia bakal dimanfaatkan oleh anak-anak Sabah sendiri iaitu;
1. Menjadi medium strategik menyampaikan cerita sebenar rakyat Sabah kepada dunia.
2. Anak-anak Sabah mempunyai platform untuk mencipta, berkongsi dan menyampaikan naratif Sabah sebagaimana yang mereka sendiri mahu dunia melihatnya
3. Menjadi ruang untuk mencabar norma serta mengetengahkan bakat dan idea baharu
4. Anak-anak Sabah dalam kalangan penggiat seni, pempengaruh digital dan pemain industri kreatif tempatan berpeluang mengketengah karya asli, wajah serta suara masyarakat Sabah secara inklusif dan berwibawa
5. Memartabatkan wajah, suara dan budaya Sabah ke persada dunia serta memperkenalkan identiti sebenar Sabah
6. Kepelbagaian adat, budaya dan resam daripada 35 kumpulan etnik di Sabah mampu dibawa dan diperkenalkan ke persada dunia
7. BORNEO.TV menjadi platform pertama berbanding stesen televisyen kerajaan negeri lain kerana tidak hanya khusus untuk siaran dan hebahan tempatan tetapi ia bakal disebar-luaskan ke seluruh dunia, sesuai dengan slogannya, “Cerita Sabah Di Mata Dunia”
8. Dari pengurusan kanan, sehinggalah ke peringkat wartawan dan krew produksi, ia bakal memartabatkan tenaga kerja tempatan yang berkelayakan dan berminat di bidang penyiaran
9. Walaupun tidak diberikan dana oleh kerajaan negeri namun melalui hubungan baik dengan syarikat-syarikat pengiklanan dan sektor swasta, stesen-stesen televisyen dan media serta agensi penyiaran dalam dan luar negara – mampu membawa wajah, suara dan identiti Sabah ke peringkat seterusnya
10. Anak-anak Sabah yang bertugas mendapat pendedahan dan pengalaman peringkat antarabangsa, termasuk Timur Tengah
11. Latihan berterusan termasuk pemindahan pengetahuan (knowledge transfer) agar mampu bersaing dengan stesen sedia ada walaupun platform ini baru sahaja dilancarkan
12. Manfaat besar kepada syarikat-syarikat produksi dalam kalangan anak-anak Sabah yang berinspirasikan identiti unik dan budaya tempatan
13. Mengetengahkan program-program berkualiti yang mampu dipasarkan keluar negara, seiring dengan aspirasi kerajaan negeri yang mahukan anak tempatan sendiri mengambil peluang dan manfaat daripada kewujudan platform penyiaran digital baharu ini
14. Ini termasuk mewujudkan segmen Program Realiti sendiri yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak Sabah
15. Dengan sokongan dan bantuan dari pihak kerajaan termasuk FINAS, syarikat-syarikat dan agensi-agensi pengiklanan terkemuka yang sudah sedia mahu bekerjasama, menambah baik nilai sedia ada di BORNEO.TV yang tentunya boleh diambil peluang dan dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh rakyat Sabah
Sebagai rekod, wakil kerajaan negeri iaitu Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) bekerjasama dengan syarikat IB Media Consultant Works Sdn Bhd bagi menjayakan BORNEO.TV.
SMJ mempunyai kuasa penuh termasuk produksi dengan dibantu oleh IB Media yang bertindak sebagai konsultan terutamanya dalam pengurusan televisyen (TV management).