HAJIJI MAHU BORNEO.TV JADI RUANG UNTUK ZAHIR IDEA BAHARU, PERKENAL WAJAH SEBENAR SABAH

80
SHARES
258
VIEWS

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri Sabah bertekad memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan BORNEO.TV kerana ia bakal menjadi medium strategik menyampaikan cerita sebenar rakyat Sabah kepada dunia.

Menurut beliau, dunia penyiaran hari ini menuntut kreativiti, keberanian dan kepekaan terhadap kehendak penonton, yang mampu menjadi ruang untuk mencabar norma serta mengetengahkan idea baharu dan memperkenalkan wajah sebenar Sabah.

Hajiji turut menasihatkan para petugas BORNEO.TV agar melihat tugas mereka bukan sekadar rutin teknikal tetapi sebagai satu bentuk seni kreatif yang mampu membina imej negeri. Beliau menegaskan, kandungan yang dihasilkan mesti membawa nilai, identiti dan naratif yang membina dan mendidik masyarakat.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mewakili kerajaan negeri dan IB Media Consultant Works Sdn Bhd yang diterajui oleh Datuk Hj. Izelan Basar, atas kejayaan merealisasikan pelaksanaan BORNEO.TV hari ini.

Related Posts