Selepas bercuti sekaligus meletakkan jawatan menteri yang beliau sendiri tidak ‘perform‘, rakyat dan juga netizen rata-rata meneka Rafizi akan membuat ‘move‘ politiknya dalam masa terdekat. Sama ada beliau akan bersama parti lain, menubuhkan parti sendiri atau menjadi penaung kepada gerakan reformasi bagi “mereformasikan kembali” negara atau setidak-tidaknya bagi partinya PKR, rakyat tetap tidak berminat.
Masih melekat kuat di ingatan rakyat bahawa Rafizi ini sudah jauh terbang ke langit dan tidak mempedulikan rakyat apabila sudah menjadi menteri. Malah kerap disindirnya rakyat, konon kerajaan sudah memberi kejutan pertama iaitu kenaikan mendadak diesel dan akan memberi kejutan kedua iaitu kenaikan petrol pula yang akan dilaksanakan secara bersasar.
Apapun rata-rata penyokong-penyokongnya sendiri sudah tahu dan sudah hilang kepercayaan terhadapnya apatah lagi rakyat yang sememangnya sangsi sejak awal. Apatah kini apabila sudah keluar dari kabinet, seolah-olah mahu menjadi juara dan pejuang keadilan semula.
Isu mahkamah memberikan DNAA kepada bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak juga mahu disentuhnya, konon demi menegakkan keadilan, hakikatnya hanya ingin terlihat relevan.
Apapun semakin berkurangan mereka yang masih percaya kepada Rafizi, sudah tahu “sembang kari” beliau yang hanya pandai memberi pelbagai formula sedangkan apabila portfolio Menteri Ekonomi, tidak tahu pula memacu ekonomi negara.
Bak kata netizen yang menyindir, Rafizi ini hanya ada satu tugas iaitu memacu atau meningkatkan ekonomi negara, tetapi tugas itulah yang beliau gagal teruk, walaupun sebelum ini berdegar-degar memberi ‘formula’ ekonominya yang sebenarnya tidak ke mana.
Cukup-cukuplah Rafizi, rakyatpun sudah muak mendengar namanya.