CUBAAN TEBUK ATAP MELALUI “LANGKAH RAFIZI”?

69
SHARES
222
VIEWS

Rafizi persenda dan ‘tunggang’ rakyat bukan peduli masalah rakyat 

Pasca kekalahan memalukan dalam pemilihan parti, Rafizi semakin lantang kononnya atas naratif ingin memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat. Sedangkan beliau sendiri sebelum ini acapkali ‘menganjing‘ atau mempersenda rakyat ketika menjadi Menteri Ekonomi.

Rakyat masih belum lupa dalam satu wawancara, beliau jelas mempersenda dalam isu kenaikan minyak diesel di pasaran. Bahkan bangga akan ada kejutan kedua iaitu kenaikan harga petrol pula selepas itu sebagai kejutan kedua. Apapun rakyat langsung tidak terkejut dengan kebodohan beliau di khalayak kerana itulah Rafizi yang dikenali rakyat sebelum ni. Rakyat melihat Rafizi ini “cakap sahaja pandai tetapi habukpun tiada”.

Rafizi terbukti gagal sebagai Menteri Ekonomi, bersikap narsistik?

Beliau boleh buat-buat lupa tetapi rakyat tidak akan lupa bahawa Rafizi sendiri gagal selaku Menteri Ekonomi dan menjadi beban bagi kerajaan. Ini termasuk “projek solo” yang sangat beliau banggakan iaitu PADU yang jelas gagal dan menjadi bukti kegagalan beliau selaku Menteri Ekonomi dahulu.

Namun sehingga kini kata-katanya masih penuh keangkuhan dalam menyalahkan kerajaan dan mana-mana pihak sekalipun, terkait isu kenaikan kos sara hidup dan masalah rakyat. Beliau sahaja betul, tidak salah dan orang lain pula sentiasa tidak betul dan salah. Lebih teruk, Rafizi menjadi penyebab rakyat semakin hilang keyakinan kepada kerajaan.

Wujud ura-ura tindakan “tebuk atap”?

Oleh kerana itulah, untuk kekal relevan dalam politik negara, Rafizi mengorak langkah dan berlakon seolah-olah menjadi mangsa dalam percaturan politik PKR. Semua perkara disalahkannya termasuk menyalahkan sistem pemilihan dan pembangun sistem (developer).

Kemudiannya apabila tular nama Datuk Seri Johari Ghani disebut-sebut sebagai calon yang bakal menggantikan Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim sekiranya kerajaan tumbang, maka ramai dalam kalangan kita terfikir mengenai ‘signal‘ dan beberapa “Langkah Rafizi” sebelum ini.

Sebagai rekod, ini kali kedua nama beliau disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri dan kali pertama pada Mac 2022 pada zaman Keluarga Malaysia.

Wujud “LANGKAH RAFIZI”?

Tindakan beliau sebagai ketua bagi lapan Ahli Parlimen PKR lain dilihat seolah-olah cuba mencabar kerajaan dan Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim, atau setidak-tidaknya mencabar Anwar sebagai Presiden PKR. Beliau malah mengulang-ulang kononnya Anwar memarahi beliau berterusan selama 20 minit namun disangkal Dr. Maszlee Malik yang kata perkara itu tidakpun berlaku di depan mereka.

Beliau juga memberi ‘signal‘ tertentu bahawa parti PKR akan tinggal 22 Ahli Parlimen sekiranya 9 Ahli Parlimen termasuknya dipecat parti. Ini jelas cubaan ‘memancing’ yang biasanya dilakukannya dahulu, yang cuba ‘menggugah’ keyakinan pemimpin-pemimpin tertentu terutamanya dalam PKR agar menyertai kumpulannya.

Menggantung sembilan orang ahli Parlimen menyebabkan PKR tinggal 22 kerusi, (bilangan) lebih sedikit dari DAP, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS)” – kuasa tawar-menawar yang cuba dicipta Rafizi.

Melihat rekod Rafizi, kerja beliau memang menghasut seperti diakuinya, maka tidak mengejutkan jika beliau sanggup memfitnah Presidennya sendiri. Malah umum melihat tindakan beliau bukan lagi sebagai pemimpin PKR tetapi cubaan ‘mutiny‘ untuk menyusahkan dan mengganggu Anwar, sekaligus boleh menyukarkan kerajaan. 

Apa langkah Rafizi dan helah beliau selepas ini?

Tidak mustahil Rafizi yang semakin terdesak akan bergabung dengan mana-mana pihak yang dinyatakan walaupun rakan Kerajaan Perpaduan iaitu UMNO langsung tidak setuju dan mempersoal tindakan ini. Walaupun sebenarnya UMNO sendiri terpinga-pinga apabila nama Datuk Seri Johari Ghani disebut-sebut, namun tidak salah perkara ini diperhalusi sebaik-baiknya oleh pihak kerajaan.

Iktibar dari Langkah Dubai

Seperti Langkah Dubai dahulu, pihak yang rapat dengan kerajaan sendiri mengatakan ia sebagai ‘hoax‘ namun akhirnya ia terbukti benar dan kerana itu ia mampu dicegah dari awal. Apapun, baik buruk kerajaan ini perlu dikekalkan sehingga habis penggal dan selepas itu buatlah pertimbangan sendiri dan terjemahkanlah di peti-peti undi.

Jika terganggu di tengah jalan, rakyat akan melihat satu lagi krisis pertukaran beberapa Perdana Menteri dalam satu penggal seperti di zaman Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Sri Ismail Sabri – yang menyaksikan Malaysia mencipta rekod mempunyai tiga Perdana Menteri dalam satu penggal.

Justeru cukup-cukuplah Rafizi, rakyatpun dah muak dengan langkah-langkah tebuk atap ini dan hasutan-hasutan anda.

Related Posts