Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jenayah jenayah siber yang kian meningkat, merangkumi penipuan kewangan sehingga serangan perisian tebusan (ransomware), kini menjadi cabaran serius dan mendesak dalam era digital masa kini.
Ini menunjukkan bahawa wujud keperluan mendesak untuk kerjasama yang lebih kukuh dan seragam dalam kalangan negara anggota ASEAN.
โHal ini jelas menunjukkan bahawa isu ini bukanlah masalah masa depan semata-mata, tetapi isu mendesak yang sedang berlaku. Pertahanan digital kita perlu berkembang sepantas teknologi.”
โBermakna, kita perlu menerima pakai teknologi baharu termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab untuk meningkatkan keupayaan mengesan, mencegah dan menguatkuasakan undang-undang terhadap jenayah ini,โ katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-25 dan Mesyuarat Berkaitan di sini hari ini.