PERDANA MENTERI MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT MAJLIS TANAH NEGARA (MTN) KE-82

64
SHARES
206
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) Ke-82, semalam. Ia merupakan satu platform penting yang menyatukan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meneliti perancangan serta pengurusan tanah negara agar dimanfaatkan secara optimum dan seimbang antara tuntutan ekonomi, keperluan sosial serta kelestarian alam sekitar.

Mesyuarat hari ini memberi penekanan kepada usaha memantapkan aspek kawal selia tanah supaya lebih inklusif, melindungi kepentingan rakyat, serta responsif terhadap keperluan dan realiti semasa.

Selain itu, mesyuarat turut bersetuju dan berpegang teguh kepada komitmen mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan, selaras dengan aspirasi antarabangsa dan hala tuju Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026–2030.

Bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksana dengan segera demi kebajikan rakyat, beliau turut menyeru agar Kerajaan Persekutuan dan Negeri terus memperkukuh kerjasama, khususnya dalam mempercepat proses kelulusan urusan tanah bagi tujuan pembangunan, tanpa menjejaskan prosedur sedia ada dan tetap menghormati bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Kerajaan MADANI akan terus berikhtiar mengangkat agenda pembangunan yang berimbang antara keperluan manusia dan kelestarian alam, selari dengan prinsip kemampanan sebagai salah satu teras utama konsep MADANI.

Related Posts