Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) yang sedang bercuti musim panas dan sedang menjalani latihan amali di syarikat swasta dan GLC di Malaysia dan juga di luar negara membuat kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Anak-anak muda ini mewakili lebih 16,000 pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom dan di Republik Ireland.
UKEC yang diketuai oleh saudara Vincent Tang telah mengemukakan cadangan peluang kerjasama yang lebih strategik di antara Kerajaan Persekutuan dengan UKEC melalui Kementerian Pendidikan Tinggi dalam pelbagai bidang yang ingin diterokai dan dasar sedia ada.
YAB Perdana Menteri juga mendapatkan pandangan dan cadangan mengenai bagaimana harus mendepani gejala ‘brain drain’ yang telah sekian lama merundung negara.
Beliau juga menekankan bahawa semua pihak mesti memanfaat serta mengoptimumkan dasar serta struktur sedia ada yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengelakkan pertindihan struktur atau dasar, dan memastikan libat-urus dan wacana bergerak secara berterusan bagi memastikan pelbagai isu dapat diselaraskan dengan berkesan dan sistematik.