Hari terakhir Program MADANI Rakyat Negeri Kelantan 2025 di Kota Bharu dihadiri dan diserikan oleh oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim. Beliau tegaskan bahawa kemajuan negeri lebih mudah tercapai jika Kerajaan Persekutuan dan Negeri bergerak seiring dalam pelaksanaan projek penting seperti tebatan banjir dan bekalan air hingga pembasmian kemiskinan tegar.
Program MADANI Rakyat ini bukan sekadar ruang mengumumkan pencapaian, tetapi medan rakyat menilai, bersuara, dan memberi sumbang saran berharga. Pandangan tentang kos sara hidup, pendidikan, keselamatan dan teknologi baharu menjadi pemacu penting untuk memperkukuh dasar negara.
Pertumbuhan ekonomi yang dirancang mesti mengangkat taraf hidup rakyat. Sebab itu Kerajaan MADANI menaikkan gaji minima, menambah pendapatan nelayan dan petani, serta menaikkan gaji penjawat awam, meskipun melibatkan peruntukan sehingga RM18 bilion, kerana setiap titis keringat rakyat wajar dibalas dan dihargai.
Generasi masa depan juga perlu dipersiapkan. AI, STEM dan pendidikan moden digabungkan dengan turath Islam dan nilai budaya, agar mereka teguh berakar pada warisan namun lincah bersaing di pentas dunia.
Kos sara hidup juga ditangani secara berani dengan menyusun semula subsidi ayam, mengangkat hasil tempatan dan memacu produktiviti pertanian. Langkah ini bukan sekadar mengawal harga, tetapi membina kemandirian negara.
Inilah MADANI yang mendengar suara rakyat, bertindak dengan tekad dan memastikan kemajuan yang inklusif untuk semua.