YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah arahkan agar siasatan penuh, terbuka dan telus dijalankan berhubung kematian Zara Qairina di Sabah. Beliau bertegas bahawa tidak kira siapapun yang terlibat, orang kenamaan atau orang biasa, kerajaan tidak akan bertolak ansur. Setiap kematian mesti disiasat tanpa cubaan melindungi mana-mana pihak demi keadilan.
Namun menurutnya, tragedi ini tidak boleh dijadikan sebagai modal politik, seumpama “membina istana di atas pusara” iaitu jangan menggunakan kesedihan keluarga untuk menyerang atau membina keuntungan politik kerana ia tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Nyawa yang terkorban bukan bahan permainan untuk diperalatkan.
YAB Perdana Menteri berkata, atas syak wasangka dan mengikut lunas undang-undang, Peguam Negara telah mengarahkan supaya kubur arwah Qistina digali semula untuk bedah siasat. Langkah ini penting untuk memulihkan keyakinan rakyat bahawa kebenaran tidak disembunyikan.
Beliau tegaskan, “Ini Kerajaan MADANI. Tiada sesiapa, termasuk VIP, akan dilindungi jika bersalah. Pembunuh tetap pembunuh, dan undang-undang mesti ditegakkan demi memastikan setiap nyawa dihargai serta keadilan ditegakkan.”