ANWAR HADIR MAJLIS PENUTUP TILAWAH, HAFAZAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-65

63
SHARES
203
VIEWS

Sebaik sahaja tiba dari Kelantan, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Peringkat Antarabangsa ke-65 yang melabuhkan tirai pada malam tadi dengan penuh rahmat dan keberkatan.

Majlis tersebut turut meraikan kehadiran Imam dan Khatib Masjid Nabawi TYT Fadhilatus Syeikh Dr. Solah al-Budair sebagai Tetamu Istimewa.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada kesemua 71 peserta tilawah dan 32 peserta hafazan yang mewakili 49 buah negara, terutama sekali kepada semua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Sebagai anak Malaysia, kita bersyukur dan bangga dengan pencapaian peserta negara pada Musabaqah edisi tahun ini iaitu Aiman Ridhwan Bin Mohamad Ramlan, johan Kategori Tilawah Lelaki, Wan Sofea Aini Binti Wan Mohd Zahidi, johan Kategori Tilawah Wanita dan Putri Auni Khadijah Binti Mohd Hanif, Naib Johan Kategori Hafazan Wanita.

Kita berdoa semoga al-Quran terus memayungi kita semua dengan hidayah dan petunjuk kebenaran, asbab bagi setiap jiwa terus menekuninya serta mentadabbur Al-Quran dengan mendalam dan penuh keinsafan.

Related Posts