MAJLIS CERAMAH PERDANA MAAL HIJRAH 1447H/2025M

64
SHARES
207
VIEWS

Sempena Maal Hijrah 1447H/2025M pada tahun ini, Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman menganjurkan Majlis Ceramah Perdana Maal Hijrah pada 11 Julai 2025, Jumaat pada jam 9.45 pagi.

Ceramah bertajuk “Membangun Ummah MADANI” akan disampaikan oleh Pengerusi Dewan Dakwah, Majlis Dakwah Negara, Al-Fadhil Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali.

Orang ramai dijemput hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang berkelapangan diharapkan dapat hadir pada hari Jumaat tersebut, bagi memeriahkan majlis sempena Maal Hijrah tahun ini. Di samping dapat menimba ilmu agama, kita juga diharapkan dapat beramal dan seterusnya disampai-sampaikan, Insya-Allah.

Related Posts