Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini.
Ketibaan beliau tadi telah disambut oleh Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak, SAC Rizal Abd Rahman Sidek, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu serta warga kerja IPD Kuching.
Beliau kemudiannya telah diberi taklimat ringkas oleh SAC Rizal di Bilik Mesyuarat IPD Kuching.
Selain itu, Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid turut berbesar hati mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota Balai Polis Bintawa, Sarjan Sabaria Sapiee yang merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya Penglihatan.
Turut hadir ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Datuk Ibrahim Darus, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Ketua Penolong Pengarah E6 Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Mohd Taufik Toh Abdullah dan Ketua Cawangan Khas Sarawak, SAC Mahbub Mustofa Norsalim.