Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim meninjau penugasan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kawalan keselamatan dan trafik sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Seramai 5,121 pegawai dan anggota PDRM digerakkan, merangkumi elemen-elemen dari Jabatan KDNKA Bukit Aman, Kontinjen Kuala Lumpur serta bantuan sumber manusia dari kontinjen luar termasuk Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Turut membantu, Cawangan Khas, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.
Mesyuarat anjuran Kementerian Luar Negeri itu menghimpunkan menteri-menteri luar ASEAN dan rakan dialog bagi membincangkan isu serantau dan keselamatan global.
Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA, SAC Gerakan Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Zaman Shah Omar, Ketua Jabatan KDNKA Kontinjen Kuala Lumpur, SAC Khalid Saion dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sulizmie Affendy Sulaiman