KDN, PDRM PERANGI SINDIKET SCAM RENTAS SEMPADAN

63
SHARES
204
VIEWS

Dalam menghadapi ancaman jenayah siber dan sindiket penipuan antarabangsa yang semakin licik, Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh tindakan tegas dan strategik bagi melindungi rakyat serta memastikan keselamatan negara dalam dunia maya terpelihara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalin kerjasama rentas sempadan dengan agensi penguat kuasa dari Singapura, Indonesia, China, Taiwan dan Australia. Sejak tahun 2022, sebanyak 13 operasi bersama telah dilaksanakan, membawa kepada penahanan 110 orang suspek yang terlibat dalam kegiatan scam rentas sempadan.

Di peringkat domestik, empat unit khas telah diwujudkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi memperkukuh keupayaan PDRM dalam menangani jenayah siber secara menyeluruh iaitu unit Siasatan Forensik Digital, unit Police Cyber Investigation Response Centre, unit National Scam Response Centre dan Unit Taktikal Siber.

Langkah bersepadu ini mencerminkan komitmen berterusan KDN dan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara bukan hanya di sempadan fizikal tetapi turut merangkumi ruang digital yang semakin mencabar.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Related Posts