ANWAR, EMBRAER BINCANG PELUANG PELABURAN STRATEGIK DI MALAYSIA

65
SHARES
211
VIEWS

Dalam rangka kunjungan rasmi ke Brazil, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim sempat mengadakan pertemuan bersama syarikat pengeluar pesawat Brazil, Embraer yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Francisco Gomes Neto, bagi membincangkan peluang pelaburan strategik di Malaysia.

Beliau tekankan komitmen kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem industri penerbangan melalui dasar mesra pelabur, pembangunan bakat tempatan dan kerjasama teknologi berimpak tinggi. Ini selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai hab aeroangkasa utama di rantau ASEAN yang memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi serta ekosistem industri yang kukuh dan berdaya saing.

Perbincangan menyentuh potensi pelaburan Embraer di Malaysia termasuk kerjasama bersama syarikat penerbangan Malaysia.

Malaysia juga mengalu-alukan penyertaan Embraer dalam pembangunan pusat penyelenggaraan, latihan juruterbang, rantaian bekalan serta inovasi pesawat rendah karbon sejajar kerangka Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Aeroangkasa Negara 2030.

YAB Perdana Menteri turut menghargai minat Embraer untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor pertahanan melalui yang mampu mempertingkat keupayaan mobiliti udara Angkatan Tentera Malaysia.

Kerajaan komited memastikan segala bentuk kerjasama ini diterjemah kepada peluang pekerjaan bernilai tinggi, pemindahan teknologi serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif untuk rakyat Malaysia.

Related Posts