BAPA SANI SUBCULTURE MENINGGAL DUNIA

67
SHARES
215
VIEWS

InnalillahiwainnailaihirojiunAl-Fatihah untuk Abdul Talib Bin Abdul, ayahanda kepada pemain dram Subculture, iaitu antara kumpulan underground tertua di negara ini, telah meninggal dunia hari ini, Ahad 11 Muharram 1447 bersamaan 6 Julai 2025 di kediamannya di Puncak Alam.

Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada sekitar jam 10 pagi di pangkuan anaknya yang dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai Amy. Jenazah kemudiannya dibawa ke Surau Al-Furqan Puncak Alam selepas Zohor dan disolatkan selepas usai solat Asar.

Selepas itu jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Bukit Cherakah untuk disemadikan pada sekitar jam 5.45 petang. Urusan pengkebumian berjalan lancar malah selesai dengan begitu pantas tidak berapa lama kemudian.

Jenazah disemadikan di lot C286, yang dihadiri oleh ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan, termasuklah ahli jemaah Surau Al-Furqan.

Bagi yang tidak berkesempatan hadir petang tadi, Insya-Allah boleh menziarahi pusaranya pada bila-bila masa dan sentiasalah menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah yang telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini.

Insya-Allah, semoga anak-anak dan ahli keluarganya sentiasa reda dan bersabar atas pemergiannya dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Related Posts