SAIFUDDIN: PDRM TERAJUI NSRC, TERIMA KHIDMAT ADUAN 24 JAM

64
SHARES
206
VIEWS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini secara rasmi menerajui Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berkuat kuasa serta-merta, sebagai langkah strategik memperkasa tindak balas terhadap jenayah berkenaan yang semakin membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu dipersetujui selepas dibentangkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu.

Sebelum ini, tiada agensi tunggal yang mengambil peranan menerajui secara jelas dalam NSRC, meskipun ia membabitkan kerjasama pelbagai pihak seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Pusat Jenayah Kewangan Nasional.”

Namun, selepas dibentangkan kepada Perdana Menteri dua minggu lalu, PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bersetuju untuk mengambil alih teraju pusat itu.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Berita dipetik dari laman Telegram PDRM

Related Posts