Berhati-hati dengan sindiket penipuan jenis “love scam”, di mana penipu menggunakan identiti palsu untuk mendapatkan kepercayaan dan kasih sayang mangsa sebelum menuntut wang. Penipu lazimnya mengelak pertemuan fizikal atau panggilan video yang mendakwa bekerja di luar negara dan meminta wang atas alasan kecemasan, hadiah tersekat di kastam, atau projek perniagaan.
Antara ciri-ciri “love scam” ialah cepat menyatakan cinta, mengelak pertemuan, meminta wang, merahsiakan hubungan, serta mengemukakan cerita dramatik untuk meyakinkan mangsa.
Bagi mengelak menjadi mangsa, jangan mudah percaya kepada individu tidak dikenali, jangan menghantar wang atau maklumat peribadi dan jangan terpedaya dengan janji hadiah atau projek perniagaan.
Dapatkan nasihat keluarga atau rakan terdekat dan laporkan cubaan penipuan kepada National Scam Response Center di talian 997, Pusat Aduan CCID di 03-26101559 atau balai polis berdekatan.
Dipetik dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM





