ALUMNI MPPK SANJUNG TINGGI USAHA YAB PERDANA MENTERI, KERAJAAN BANTU MANGSA NAHAS BAS DI GERIK

66
SHARES
214
VIEWS

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN ALUMNI MAJLIS PERUNDINGAN PELAJAR KEBANGSAAN

11 Jun 2025

PENGHARGAAN KEPADA YAB PERDANA MENTERI DAN KERAJAAN ATAS BANTUAN KEPADA MANGSA TRAGEDI NAHAS BAS DI GERIK

Persatuan Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atas keprihatinan yang tinggi terhadap nasib mangsa tragedi nahas bas yang berlaku di Gerik, kelmarin.

Alumni MPPK sangat menyambut baik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini yang bersetuju untuk menyalurkan bantuan tambahan sebanyak RM10,000 kepada waris mangsa yang terkorban serta RM5,000 kepada mangsa yang cedera. Bantuan ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyantuni rakyat pada saat mereka menghadapi saat paling sukar dan memilukan.

Alumni MPPK turut menghargai langkah mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban serta usaha berterusan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam meneliti bentuk bantuan tambahan buat keluarga mangsa.

Tragedi ini amat menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apatah lagi bagi komuniti mahasiswa yang sentiasa aktif bergerak untuk pembangunan diri dan negara. Dalam saat getir ini, keprihatinan kerajaan menjadi sinar harapan buat keluarga dan rakan-rakan mangsa yang sedang berduka.

Kami mendoakan agar semua keluarga mangsa diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Alumni MPPK akan terus komited dalam menyuarakan kebajikan pelajar dan menyokong segala inisiatif yang meringankan beban rakyat khususnya mahasiswa Malaysia.

MUHAMMAD AMIR ASYRAF BIN MOHD SABRI
Presiden
Persatuan Alumni Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (Alumni MPPK)

Related Posts