ANWAR BERTEMU, SANTUNI PIMPINAN PKR SARAWAK

65
SHARES
210
VIEWS

Pertemuan Dato’ Sri Anwar Ibrahim bersama pimpinan KEADILAN Sarawak hari ini sarat dengan semangat perjuangan dan tekad membina masa depan yang lebih adil.

Anwar berharap parti perlu terus merangkul kekuatan akar umbi yang mana beliau tekankan kepada pimpinan yang menang dalam pemilihan lalu agar tidak angkuh, sebaliknya perlu bekerjasama dengan semua pihak termasuk yang tewas.

Setiap daripada ahli mempunyai peranan dan kekuatan tersendiri untuk terus bekerja demi rakyat. Ini kerana usaha membina parti di Bumi Kenyalang bukan mudah, namun dengan iltizam bersama, KEADILAN pasti mampu bertapak kukuh.

Beliau mengingatkan, kuasa dan kedudukan bukan lesen untuk bersenang-lenang atau menyalahguna amanah. Setiap pimpinan wajib menjunjung integriti, telus dalam tindakan, dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.

Amanah yang diberi bukan milik mutlak ia tanggungjawab besar yang mesti dipikul dengan jujur dan ikhlas.

Related Posts