Dato’ Sri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan singkat dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg serta pimpinan kanan negeri setibanya beliau di Kuching petang tadi.
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama dibincangkan, termasuk usaha memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.
Hubungan baik dan khwah antara Semenanjung dan negeri Bumi Kenyalang itu diharapkan akan sentiasa utuh dan harmoni serta mampu berkompromi dalam apa jua keadaan, demi masa depan negara dan rakyatnya.