ASEAN MESTI KEKAL SEBAGAI MEDIUM UTAMA RANTAU INI – ANWAR

64
SHARES
205
VIEWS

Tujuh dekad yang lalu di kota Bandung, Indonesia, para pemimpin Asia di dan Afrika bertemu di Konferensi Asia-Afrika 1955 telah bangkit menegaskan bahawa bangsa-bangsa yang baru merdeka dan sedang memperjuangkan kemerdekaan tidak boleh kekal hanya sebagai penonton, tetapi mesti menjadi pengukir dan pembina ‘destiny’ mereka sendiri.

Semangat mempertahankan kedaulatan dan solidariti yang dipertegaskan di Bandung masih relevan hingga kini yang tentunya menjadi panduan bahawa kebebasan adalah asas penting untuk mana-mana negara bangsa.

Tatkala dunia hari ini dilanda perang dagang, pentas geopolitik yang terus menggugah dunia, serta persaingan teknologi yang masih mengganas, Malaysia teguh menegaskan bahawa ASEAN mesti kekal sebagai medium utama rantau ini. Konsep ‘centrality’ ASEAN menjadi terpenting terutama dalam menjamin kerjasama yang inklusif, terbuka dan berpaksikan hukum.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini bertekad dalam memelihara peranan ini, termasuk melalui inisiatif besar seperti Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) yang dimuktamadkan pada tahun ini dan bakal dibentangkan pada para pemimpin yang akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47.

Di era kesalingbergantungan (interdependency) yang semakin kompleks hari ini, kita ternyata tidak boleh terus tunduk pada hegemoni, atau tidak juga terjebak atau terheret dalam pengasingan (isolationism).

Malah, yang utama adalah mengangkat prinsip ‘sovereign interdependence’, yakni satu konsep keterhubungan yang berasaskan pilihan dan ketangguhan. Ini jalan serta jalurnya dalam menjamin Asia, dengan ASEAN sebagai nadinya, terus memimpin rantau dan dunia ke arah keterbukaan, kesaksamaan dan kemakmuran bersama.

Related Posts