ANWAR RASMI MAJLIS PECAH TANAH PEMBANGUNAN IPOH CENTRAL, KERJASAMA MRCB, RAC

64
SHARES
208
VIEWS

Program terakhir YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim di Perak  diteruskan dengan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ipoh Sentral, sebuah lagi projek berskala besar yang dibangunkan sepenuhnya melalui inisiatif swasta hasil kolaborasi strategik antara Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM6.25 bilion, projek ini bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu di tengah-tengah Bandaraya Ipoh, mencerminkan kemajuan yang berpaksikan wawasan jangka panjang.

Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menyatakan hasrat agar Ipoh Sentral dapat menjadi contoh terbaik dalam pembangunan yang berteraskan nilai-nilai MADANI.

Menurutnya lagi, negara ini tidak mahu pembangunan fizikal yang megah tetapi kosong daripada jiwa budaya. Sebaliknya, setiap pembangunan mesti membawa roh kemanusiaan yang menjunjung prinsip ihsan, hormat, kelestarian dan maruah bangsa.

Untuk merealisasikan hasrat ini, ia memerlukan sinergi dan kerjasama erat antara pemaju, pihak berkuasa bandaraya, serta kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengangkutan, dan agensi-agensi lain yang relevan.

Moga pembangunan ini membuka pintu peluang baharu, menyemai keyakinan warga, dan memperkukuh identiti Ipoh sebagai sebuah bandaraya yang hidup, inklusif dan berdaya saing.

Related Posts