MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA TEKAD LAKSANA REFORMASI MENYELURUH

66
SHARES
213
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara dan meneliti pelbagai cadangan pembangunan merangkumi aspek perancangan guna tanah dan Rancangan Struktur Negeri, seperti termaktub di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), semalam.

Susulan pencapaian Malaysia yang melonjak 11 anak tangga dalam IMD World Competitiveness Ranking 2025, daripada kedudukan ke-34 ke tangga ke-23 yakni kedudukan terbaik dalam tempoh lima tahun, YAB Perdana Menteri menyeru pihak terbabit terus memperkukuh tekad dan usaha memperbaiki “ease of doing business” di negara ini.

Antara langkah yang mendesak ialah pelaksanaan reformasi menyeluruh terhadap tatakelola dan sistem penyampaian perkhidmatan awam, agar lebih cekap, telus dan berintegriti.

Langkah ini penting bagi menjamin kemakmuran negara, meningkatkan keyakinan pelabur, dan yang paling utama, memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi teras utama pembangunan.

Related Posts