WARGA BANGLADESH DISYAKI TERLIBAT GERAKAN MILITAN IS DITAHAN DI BAWAH SOSMA – KPN

65
SHARES
209
VIEWS

Beberapa individu daripada 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis Islamic State (IS) ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, ada antara mereka yang ditahan telah dihantar pulang ke negara asal.

Ada yang kita simpan dan tahan di bawah SOSMA. Selebihnya kita telah usir keluar manakala beberapa lagi masih lagi dalam tahanan dan memerlukan siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis serah tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam satu rangkaian militan berkaitan warga Bangladesh, seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2439557

Sumber: BERNAMA

Related Posts