Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan dua kumpulan jenayah terancang yang aktif sejak 2023 melalui satu operasi khas pada 11 September lepas dan berjaya menahan 17 individu terlibat.
Menurut Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail, operasi “Op Jack Sparrow” dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan kerjasama pasukan JSJ Kontinjen.
Menurutnya lagi. hasil risikan terhadap kumpulan berkenaan yang dipercayai terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan di sekitar Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perak. 17 suspek yang ditahan berusia antara 19 hingga 44 tahun, membabitkan dua kumpulan berbeza yang dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan kegiatan jenayah terbabit.
Kumpulan ini pernah menimbulkan kebimbangan umum apabila melakukan serangan di sebuah restoran di Taman Sentosa, Klang, awal tahun ini hingga menyebabkan kematian serta tular di media sosial.
Artikel dipetik dari laman Telegram PDRM Malaysia