ILMU -AI MODEL BAHASA BESAR (LLM) PERTAMA NEGARA DENGAN KERJASAMA UM, YTL AI LABS

63
SHARES
202
VIEWS

Di pentas Sidang Kemuncak ASEAN AI, YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim berpeluang menyaksikan satu detik bersejarah dengan pelancaran ILMU yakni kecerdasan buatan (AI) merangkap Model Bahasa Besar (LLM) pertama negara, yang dibangunkan sepenuhnya oleh bakat tempatan melalui YTL AI Labs dengan kerjasama Universiti Malaya, diperkaya dengan konteks, nilai, dan budaya Malaysia.

ILMU bukan sekadar kemajuan teknologi, tetapi cerminan identiti, suara, dan aspirasi negara dalam era AI. Pelancaran ini juga menandakan bahawa Malaysia kini bukan lagi sekadar pengguna teknologi, sebaliknya sudah mampu membangunkan teknologi bertaraf dunia hasil kepakaran anak bangsa.

Ia dirangka untuk memahami, menghormati, dan meraikan kepelbagaian rakyat, sambil membuka ruang baharu dalam pendidikan, perkhidmatan awam, dan inovasi industri.

Pelancaran ini menzahirkan tekad Malaysia untuk menjadi peneraju teknologi yang inklusif, beretika, dan berpaksikan nilai-nilai MADANI yang memanfaatkan potensi AI demi kemakmuran rakyat, kemajuan ekonomi, serta kedudukan strategik Malaysia di persada dunia.

Related Posts