Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menggesa penggunaan sistem kawalan keselamatan berasaskan kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan secara menyeluruh di pintu sempadan keluar masuk negara serta syarikat penghantaran.
Gesaan itu susulan taktik baharu sindiket penyeludupan dadah dalam bentuk cecair vape eksklusif ke luar negara menggunakan Malaysia sebagai transit serta taktik lain penyeludupan membabitkan bahan kontraban.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, pemeriksaan lebih ketat dan efisien perlu diperkukuh di semua peringkat termasuk lapangan terbang dan syarikat kurier bagi menangani percubaan seumpama itu.
โPemeriksaan ketat dan lebih efisien dengan sistem kawalan keselamatan berasaskan teknologi AI perlu dilaksanakan secara menyeluruh.“
โIni termasuk di peringkat lapangan terbang dan syarikat kurier, agar percubaan menyeludup dadah dalam bentuk cecair seperti ini dapat dikesan lebih awal,โ katanya.
Dipetik dari laman web PDRM