ISTERI ABANG JOHARI MENINGGAL DUNIA

65
SHARES
209
VIEWS
Isteri kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang meninggal dunia awal pagi ini.
Berita pemergian beliau dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman melalui laman Facebook beliau.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.34 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah di sini dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya selepas upacara penghormatan terakhir yang akan berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 12 tengah hari ini di Masjid Jamek, Petra Jaya, di sini.
Juma’ani, 76 tahun ialah anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang kedua, Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman, berkahwin dengan Abang Johari pada 26 Feb 1977. Mereka dikurniakan dua anak, Datuk Abdillah Izzarim dan Dayang Norjihan.

Related Posts