Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini menunaikan solat Jumaat bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.
Beliau bersama warga kerja Pasukan mendengar khutbah Jumaat bertajuk “Menggalas Ikhlas Kesempurnaan Dibalas” yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, SAC Mohd Zakarim Abdullah.
Khutbah menyentuh perihal keikhlasan melaksanakan tanggungjawab oleh umat Islam dalam beribadah, berkhidmat dan berinteraksi dalam kehidupan seharian. Solat Jumaat telah dipimpin oleh Ketua Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Wan Mohamad Amzar Fitri Wan Azlan.
Turut hadir ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Abdul, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling), JIPS Bukit Aman, DCP Datuk Azhan Abdul Halim serta warga kerja PDRM.
Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin & Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi
Sumber PDRM: https://www.facebook.com/share/p/1GGXhVA1PK/